Friday, September 17, 2010

♥ 119 : Penghulu Segala Hari!

السلام عليکم

Salam Pagi Jumaat!

Pejam celik, pejam celik dah masuk hari jumaat kan. Seperti masa tidak lagi menunggu kita. Sememangnya! Mana mungkin masa akan berhenti semata mata mahu menunggu kita. Kita yang sepatutnya mengejar masa. Tanpa kita sedar juga sudah masuk hari kelapan umat Islam beraya! Alhamdullilah, masih diberi kesempatan pada kita untuk bernyawa lagi.

Hari jumaat hari yang sangat dipenuhi dengan rahmat. Sebab itu, dipanggil penghulu segala hari kan.

Aku juga rasa bertuah kerna aku dilahirkan pada hari jumaat! Dan moga moga bila tiba ajal ku nanti, biarlah pada hari jumaat jugak! Amin,

Apa kata, aku berkongsi sedikit kelebihan hari jumaat ;

KEBAIKAN MEMOTONG KUKU
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
MAKBULNYA DOA DI ANTARA DUA KHUTBAH
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”
(Hadis riwayat Tirmizi). Ada yang berpendapat waktu doa makbul itu ialah selepas Asar dan ada yang berpendapat ia di antara dua khutbah Jumaat.
SELAMAT DARI FITNAH KUBUR BAGI YANG MATI DI HARI JUMAAT
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
BERLAKUNYA HARI KIAMAT
“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim). 
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
PENGHULU SEGALA HARI
 Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
NABI ADAM DICIPTAKAN DAN DISINGKIRKAN DARI SYURGA
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

ZIKIR HARI JUMAAT ;