☺Perempuan amat mementingkan kasih sayang. Perempuan meletakkan kasih sayang sebagai bukti kebahagiaan hidupnya. Perempuan akan menganggap lelaki tidak menyintai mereka jika lelaki tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Perempuan menganggap cinta itu sebagai satu tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin.
☺Perempuan suka memperlihatkan keindahan, kemeriahan, merencana, mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Ada rasa nikmat dan kepuasan jika ini dapat ditunaikan. Mereka yakin akan potensi diri untuk menjdikan sesuatu lebih baik dan mengharapkan potensi itu sentiasa berkembang mekar.
☺Perempuan amat mementingkan masa. Masa bersama pasangan menjadi amat penting bukan kerana ingin mengawal tetapi kerana ingin membantu. Apabila lelaki lupa akan masa dan tarik tertentu yang istemewa, perempuan akan menganggap lelaki tidak peka, tidak prihatin dan tidak mahu menyemarakkan kasih sayang. Setiap hari perempuan mengharapkan lelaki membuktikan kasih sayang kepada mereka.
☺Perempuan ingin merasa selamat. Mereka inginkan rasa tenang dan yakin dalam hubungan dengan lelaki. Untuk rasa selamat, perempuan sentiasa mengharapkan kasih dan sayang kepada dirinya semakin bertambah. Rasa tidak selamat akan pulih dengan cepat jika lelaki sentiasa memberi jaminan akan rasa cinta dan keprihatinan. Jika perempuan memperlihatkan sikap dingin atau marah, jangan mudah membuat andaian tentang perasaannya itu. Mungkin dia hanya rasa bimbang.
☺Perempuan mahu dirinya dihargai. Mereka mahu lelaki menunjukkan penghargaan melalui tingkahlaku dan ucapan. Mereka merasa lebih dihargai jika lelaki menunjukan bahawa dirinya adalah keutamaan dan menghargai kebahagiaannya. Lebih bahagia apabila lelaki menunjukkan bahawa diri mereka amat diperlukan. Perempuan akan merasa tidak dihargai jika lelaki tidak meminta bantuannya jika menghadapi masalah.
" Allah jadikan manusia berpasang pasangan "
5 comments:
betul2. lelaki kena faham itu semua =)
kannn.tade ar nak begado je keje.huhu.:)
betol larh..laki skg ni..pk dri dowg jew...jrang nk jmpe laki take care...erm laki ubh la prangai kowg ye...
sweatlove;hehe.tuh ah.pompuan gak makan ati
DUA2 KENA MEMAHAMI..
___________________________
JOM LAYAN MOVIE 2010 FREE KLIK SINI TOY STORY3, KARATE KID, THE LAST AIRBENDER SERVER LAJU MACAM TENGOK DVD/CD
Post a Comment