Friday, September 10, 2010

♥ 110 : takbir hari raya!

السلام عليکم

Setiap kali tibanya Hari Raya, seruan takbir akan berkumandang di masjid masjid, rumah-rumah persendirian dan di kaca-kaca televisyen, begitu juga di corong-corong radio apabila diumumkan anak bulan Syawwal telah nampak dilihat. Dengan bergemanya takbir itu, semakin terasalah kemeriahan suasana Hari Raya.

Kita umat Islam seharusnya sedar bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah kurnia daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagai hadiah kemenangan kepada umat Islam, kerana kita telah berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan menahan diri daripada hawa nafsu dan perkara-perkara yang dilarang ketika berpuasa.

LAFAZ TAKBIR HARI RAYA


WAKTU MELAUNGKAN TAKBIR

Imam Ibnu Hajar Rahimahullahu Ta‘ala, salah seorang daripada ulama ‘asy-Syafi‘ieyyah berkata ;

“ Sunat melaungkan takbir (Hari Raya Aidilfitri) sama ada di rumah-rumah, di jalan-jalan, di masjid-masjid dan di pasar-pasar dengan suara jahr atau yang nyaring, bermula dari terbenam matahari pada malam Hari Raya dan berterusan sehingga imam mengangkat takbiratulihram pada sembahyang Hari Raya. Ini kerana takbir itu adalah sebagai syi‘ar bagi menandakan waktu Aidilfitri itu telah tiba maka adalah lebih awla dikerjakan atau disambut dengan takbir ”