Sunday, September 12, 2010

♥ 111 : Datuk Sosilawati mati dibunuh!

السلام عليکم

Seperti yang kite dikhabarkan bahawa Datuk Sosilawati (DS) dan 3 rakannya hilang sejak 13 hari yang lalu.  And shocking news, mereka dipercayai dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat tanjung layang, morib.

Berita ini sememangnya mengejutkan aku di awal pagi nie, bangun bangun pagi je ayah dan kakak ipar aku dah cakap pasal kematian DS yang diketahui melalui surat khabar.

Innalillahi wainna ilaihi rajioon!

Menurut KOSMO!, kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

Salam takziah buat keluarga arwah Datuk Sosilawati (DS) !