Ketika ini, saat ini, memang aku sudah berada jauh dari Kuala Lumpur. Jauh dari town yang tak pernah kenal erti penat. Jauh dari kesesakan jalan raya. Jauh dari segala galanye. Sesungguhnye hujan panas di negeri orang, hujan batu di tempat asal. Eh, betul ke pepatah Melayu tuh? Aku hentam kromo je kan. Haha. Tapi nampak gayanye tak berapa nak hujan batu kat sini, agak hujan lebat di sini.
Aku pergi meninggalkan Kuala Lumpur. Kembali ke tempat lahir aku untuk seketika.
Musim hujan agak membataskan segala gerak langkah. Musim hujan adalah musim membesarkan bontot dan membuat tahi mata sekilang. Lupekan mahu liburan di sini, seperti tidak mengizinkan aku keluar rumah. Sayu sungguh!