Showing posts with label skinny's voice. Show all posts
Showing posts with label skinny's voice. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

♥ 159 : Sesetengah Orang Tidak Pernah Senang Melihat Orang Lain Gembira!

Entry ini berbaur sedikit geram ye! Grrr. Grrr. Grrr.

Hmmm. Best ke jadi perosak kebahagiaan orang lain? Ape yang kau dapat ek? Maybe kau dah takde keje sampai boleh dan sanggup terfikir nak rosakkan hubungan orang lain. Kesian kat kau. Memperbodohkan diri sendiri. Nampak sangat memang bodoh!

Ingat ingat lah sikit, ape yang kau buat tuh suatu hati pasti dapat balasan balik. Mungkin tak dapat pada kau, tapi terkena pulak kat adik beradik kau ke, orang yang rapat dengan kau ke. Huh! Time tuh baru kau tahu langit tuh tinggi ke rendah ye.

Tapi tak tahu lah kalau kau jenis yang takde perasan, takde hati perut langsung kan. Renung renungkan lah ye!

Akhiri dengan seungkap kata ;

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK!

Skinny's voice : ape cite Rita Rudaini dgn Ayu Raudhah? Klik HERE and HERE kalau nak tahu lebih detail!

Monday, October 4, 2010

♥ 157 : Domain FREE Untuk Dimenangi!

Hello! 

Ini adalah kali pertama aku, Shima join contest dalam dunia blogging yang dianjurkan rakan blogger kite, Cikgu Dahlia! Sedap name cikgu. Cikgu ajar subjek ape cikgu? Ajar kat sekolah mane? Sekolah rendah ke sekolah menengah? Eh banyak lak soklan aku eyhh. Haha. Harus lah berkenalan dulu kan. By the way Cikgu Dahlia, salam perkenalan dari saya, ♥! 

Sebab ape aku join? Sebab kalau rezeki aku murah, aku dapat domain FREE untuk blog aku. Best kan. Jom lah join sekali. 

Teruskan dengan Giveaway Special : Domain Percuma!

Wahhh!!! Dahlia dan iHosterz bergabung tenaga menyediakan Giveaway Special : Domain Percuma untuk blogger. Memang menarik! Semestinya saya turut serta, siapa takmau barang FREE beb! Ite uke angat cikgu barang FREE! Hehe. Sayang cikgu lebih lah kalau bagi saya domain FREE!

Nama Domain pilihan saya ialah : SUARASKINNY.COM



Saya pilih SUARASKINNY.COM kerana ;

Pertama, sebab saya memang mempunyai cita cita untuk memiliki domain sendiri ye. Sudah tanamkan dalam hati bahawa suatu hari nanti, saya pasti ade domain sendiri. PASTI! Kalau dapat domain FREE, lagi saya suke sangattt. Cikgu Dahlia tolonglah beri domain itu kepada saya. Sambil sengih sengih dengan Cikgu Dahlia. Imagine cepat. Haha.

Kedua, sebab saya sayang sangat kat blog saya! Sumpah sayang macam mane ntah. Oleh itu, saya nak blog saya ade domain nye sendiri. Confirm blog saya berbangga kerana ia ade domain sendiri yang diberi oleh tuan blog nye, iaitu saya lahh. Siapa lagi kan. Mesti blog saya terharu dengan saya kan. Haha. Poyo lah tuan blog aku, nie blog yang cakap. Cish!

Ketiga, sebab macam cool, hot dan cute dengan SUARASKINNY.COM! Saya suke dengan domain .COM! Nampak simple. Orang nak ingat pun senang kann. Kan Cikgu Dahlia? Hehe. Macam domain Cikgu Dahlia : www.cikgudahlia.com.

Dah lah, cukup 3 sebab je kot! Kang buat panjang panjang, Cikgu Dahlia dan iHosterz malas lak nak bace! Hehe.



Dahlia dan iHosterz patut menaja domain tersebut untuk saya kerana tak rugi pun kalau bagi FREE FREE je kat saya! Sebab para penaja bukan sahaja dapat pahala tapi traffic kat penaja mesti melonjak naik. Sebab buat contest macam nie! Huh, kan dah murah rezeki di situ. Macam orang kata, ORANG MEMBERI, KITE MENERIMA. 

SUARASKINNY.BLOGSPOT sangatlah menghargai jasa baik para penaja jika kalian berhati mulia bagi domain FREE kat blog saya!

Saturday, October 2, 2010

♥ 150 : Exhausted Friday Coz KTM!

Sangat sangat sangat penat tahu tak! Bukan penat pegi kelas ke hape, tapi penat menunggu KTM yang sangat lah macam @%!#. Aku menyumpah nyumpah je tadi. Delay kejap kejap takpe, boleh terima. Ini delay kemain berejam sampai tak tau nak cakap macam mane ntah kan.

Please fix the services of KTM! Bukan nye sikit sikit orang kan naik KTM nie. Ramai kot. Sampai bile nak asyik delay je. Harap harap ade yang keje kat KTM bace blog aku nie. I think I have right way to shout this.

Macam tadi sejam lebih delay. Tren dari Klang ke Batu Caves! Dah name tren delay kan, manusia pun kemain padat dalam tren tuh. Tapi aku kesian kat one family nie. Anak anak kecik lagi, penat giler muke  dowang. Mak pak dowang lagi lah, dok berdukung sorang satu anak. Anak dah ngaruk ngaruk nak tido lagi pulak penat kan dok dalam tren. Kesian aku tengok budak budak tuh!

Pada pihak KTM, perbaiki perkhidmatan tren untuk kesejahteraan para penumpang. Amat lah dihargai segala kerjasama anda. Terima kasih!

Ikhlas dari saya, suara penumpang KTM!

Tuesday, July 13, 2010

♥ 42 : skinny's voice di tangga 913





no 913 tuh? haha. giler jauh tertinggal. nampak sangat blog aku x femes. haha. tapi tape. at least dapat top 1000. bukan top 10. bukan jugak top 100. sigh. :)

kalu kowang nak tengok blog kowang, sile click link ni ye. selamat mengusha top kowang di tangga ke berape. :)